Asalamualaikum, Adakah anda suka blog anda di kritik atau di puji oleh orang lain? Atau anda suka blog anda di publish untuk memperkenalkan blog anda kepada sebahagian pembaca.Kalau anda mahu di review anda boleh menyertai “Segmen Review Blog Terbaik” di #gengentry.

Sebenarnya #gengentry adalah blog Secondary milik TunAidil.Blog ini di hasilkan untuk menyebarkan dan kongsikan setiap blog yang di bina oleh kamu semua. Segmen ini sebenarnya telah di hasilkan pada tahun dis 2012 yang lalu. Kini genap setahun segmen ini di jalankan dalam Blog #gengentry.

Pada mulanya TunAidil agak teruk dalam penulisan mereview ini. kalau anda tak percaya anda boleh baca penulisan review blog yang pertama kalinya di tulis REVIEW BLOG # 001. Sebenarnya kitaa juga macam tu kerana tidak tahu bagaimana untuk memulakan penceritaan. Selepas di tegur dan di kritik Tun Aidil dapat meninggkatkan gaya penulisan dari zero kini okey sikitlah...

Sebenarnya Kecikbeso juga pernah Tunaidil Review dalam Segmen itu. Kerana ingin mengenalkan kepada semua pembaca di luar sana. Blog #gengentry ini sebenarnya di ilhamkan oleh seorang sahabat TunAidil yang bernama Mohd Faizul. Pada mulanya saya menulis blog dengan cara copy paste dari blog lain akan tetapi sedikit demi sedikit Tunaidil mula untuk menulis artikel untuk tontonan umum dari otak TunAidil yang berkarat ini.

Selain itu Blog #gengentry kerap malakukan kesilapan dalam tempoh setahun mereview blog rakan-rakan blogger. Sekali lagi Mengimprovekan dengan menggunakan form untuk para blogger mendaftarkan blog supaya mudah untuk di review.

Click gambar untuk daftar

Sekarang ini #gengentry membuat Segmen“Review Blogger Of the year 2013” untuk menghargai sokongan yang telah di berikan kepada blog ini yang telah beroperasi sejak tahun 2008 yang lalu.Anda boleh baca lebih lanjut di blog #Gengentry.......Check it out....