Salam satu Malaysia. Sepanjang perjalanan dalam dunia blog yang serba luas ini. Kecikbeso ingin berBlogwalking ke blog anda semua. Adakah anda mahu kami berblogwalking ke blog anda? Mahu ke? Di bulan Disember yang indah ini kami akan meneroka ke semua pelusuk dan sudut di dalam dunia blogger di kawasan Malaysia yang tercinta ini. Kami akan mengediakan form untuk anda semua tinggalkan link untuk kami semua berjalan dan membaca hasil karya anda serta komen di blog anda.

Sebelum kami berblogwalking ke blog-blog anda,kami ingin memperkenalkan kepada anda jenama Kecikbeso ini kepada anda.Blog ini banyak mengkongsi kisah-kisah agama, novel ,cerpen, tutorial dalam blogger, segmen teka gambar dan menganjurkan giveaway kepada pembaca. Anda boleh membaca dan komen di blog kami ini. Untuk pengetahuan anda,anda juga boleh menghantar karya seperti puisi, novel, artwork, cerpen, dan segala idea anda kepada kami untuk kami kongsikan kepada pembaca di kecikbeso.

Kami berblogwalking ini sebenarnya ingin mencari kawan dari kalangan blogger itu sendiri untuk mempelajari cara penulisan dan meningkatkan blog kecikbeso ini. Harap anda semua sudi untuk menjadi sahabat kepada crew kecikbeso ini. Sebenarnya tujuan asal berblogwalking ini adalah untuk semua pembaca komen  blog kecikbeso atas dasar meningkatkan mutu dan kualiti serta memberi pandangan untuk memperhebatkan lagi blog ini.

Blog ini sebenarnya tidak mencari kewangan.Kami semua adalah penulis yang menyumbangkan idea gila kami kepada anda semua, jika anda semua ingin menjadi penulis dalam blog kecikbeso ini kami sangat alu-alukan kedatangan anda.

Kami juga mengucapkan terima kasih kerana membaca penulisan yang teruk ini. Selamat berblogwalking kami akan pergi ke blog anda, lebih mudah jika anda tinggalkan link dalam kotak komen untuk kami berjalan-jalan ke sana.