Pengumuman


Selamat datang ke Kecikbeso

Showing posts with label meow. Show all posts
Showing posts with label meow. Show all posts

Dec 13, 2013

Asalammualaikum, sebenarnya dah lama nak buat segmen kucing (meow) tercantik ni.. tapi tak tahu nak tulis macam mana. dah lama fikir lalu siaplah satu artikel yang  boleh membuat anda semua suka dan terbeliak untuk membaca.

Siapa yang ada kucing cantik-cantik kat rumah tu? anda semua boleh hantarkan di fanpage kami untuk kami publish kat blog #kecikbeso inilah..

Contoh untuk anda hantar gambar dan detail kepada kami untuk segmen "meow tercantik"

Segmen"meow tercantik"
Detail.
Nama: Si Syalila.
Kucing saya suka buat muka comel ketika makan.. 
dan hantarkan ke Kucing comel

Posted on Friday, December 13, 2013 by aidil

No comments

Nov 13, 2013

Siapa yang ada membela kucing di rumah? Waktu kecil-kecil dahulu pernah terfikir kenapa kucing makan rumput? Banyak lagi makanan lain. Sebab agak pelik. Sekarang sudah tidak hairan kerana mesti ada tujuan kenapa kucing makan rumput.

Antara kenapa kucing makan rumput ialah:

Kucing adalah haiwan yang pembersih, jadi mereka selalu berusaha membersihkan bulunya setiap waktu dengan menjilat bulunya. Disebabkan permukaan lidah kucing yang kasar, banyak bulu yang mati atau gugur tersangkut pada lidah.

Kucing yang bebas bermain diluar biasanya mengambil kesempatan ini untuk memakan rumput supaya dapat memuntahkan bulu tersebut yang dikenali “hairball”

Jika ada memelihara kucing di dalam rumah, sebaiknya korang menanam rumput didalam pasu supaya kucing korang boleh makan dan memuntahkan hairball tersebut. Jika tiada rumput, kucing ini akan memakan tanaman lain yang mungkin merbahaya kepada mereka kerana sesetengah tumbuhan beracun kepada kucing.

Posted on Wednesday, November 13, 2013 by Unknown

5 comments

ads