Selesai solat magrib. Amir
Badlishah menonton televisyen di ruang tamu rumah bujangnya. Amir mencapai
rokok winston dan telefon miliknya..
“ Aik Pelik Kenapa dia masih
mesej aku lagi?” Amir yang dalam kebingungan membaca mesej itu..
“Salam, Hi, Dah solat ke.. J” Mesej dari Ayu Qhalisya yang baru di hantar sebentar tadi.
“Salam, Hi, Dah solat ke.. J” Mesej dari Ayu Qhalisya yang baru di hantar sebentar tadi.
“Waalaikummussalam,Baru siap.. dah makan ke? hehehe..” Balas Amir yang menaip rancak di telefon nokia miliknya.
“Dah tadi.. Petang tadi,Awak
dah makan ke?”Balas Ayu Qhalisya pantas.
“ Makan pe je? nak sikit boleh?, Saya belum makan lagi.” Balas Amir sambil menonton televisyen.
“La... nak ke? Saya makan popia je tadi, dah habis dah. Kenapa tak makan lagi?” Ayu Qhalisya terseyum sendirian mengadap telefon miliknya.
“Kalau ada nak la sikit. saya memang makan lewat. By the ways awak ni siapa sebenarnya?.Balas Amir membakar rokok yang baru di buka dari kotaknya.
“Saya Ayu. Ayu Qhalisya. So awak ni siapa sebenarnya?.” Ayu Qhalisya mengenalkan dirinya.
“ Saya Amir. tapi call me YB Amir haha.. awak ok la.. saya nak keluar lah.. bye..” Balas Amir lalu meletakan telefonnya ke atas meja berhadapan dengan televisyen miliknya.
Lalu amir meninggalkan telefon dan terus menukar pakaian untuk ke warung Mak Temah. Setelah selesai Amir dan Zain keluar ke bandar kota tinggi yang permai itu..
***
Ayu Qhalisya yang masih lagi pelik kerana dia orang terengganu tapi bagaimana orang johor boleh ada nombor miliknya. Siapa sebenarnya Amir ni sebenarnya.. Ayu Qhalisya masih tertanya -tanya..
“Amir ni kawan aku ke? tah lah hmmm.” Ayu Qhalisya
sedang memikir kawan-kawanya semasa belajar di Uniza satu ketika dulu.
Ayu agak pelik kerana kenapa Ayu terasa ingin mengenali Encik YB Amir ni.
“hmmm siapa lah agak nya Amir ni. Siapa kah dia?.. Kenapa aku nak kenal sangat dengan dia ni?.. hmmm”Ayu Qhalisya memandang syiling rumahnya seolah-oleh mahu jatuh ke atasnya.
lalu Ayu Qhalisya menghantar mesej kepada Amir akan tetapi Amir tidak membalas satu pun mesejnya. Ayu masih tertanya-tanya..
“kenapa dia x balas.. bz
kot.. hmmm tak pe la.. baik aku tidooorrr”. Ayu mengambil sebuah buku yang
berada di tepi katil miliknya.
Sebelum tidur,Seperti biasa Ayu akan menulis di diari miliknya dan membaca mesejnya sambil tersenyum lalu tertidur...
Sebelum tidur,Seperti biasa Ayu akan menulis di diari miliknya dan membaca mesejnya sambil tersenyum lalu tertidur...
[Bersambung..]
0 comments:
Post a Comment
Sila komen kalau anda suka artikel ini.