Nak cuba masak sendiri Nasi Kukus Ayam Berempah. Jom cuba Resepi Simple ini. Kurang dari setengah jam dapat siapkan hidangan lengkap ini.
Memang kegemaran ramai ni..

Cara-caranya ialah :

Nasi Kukus
*
Basuhkan beras Siam sehingga bersih.

Masukkan beras dalam bekas atau loyang kukus nasi.

Masukkan air  3/4 bekas kukus.
Kukuskan beras sehingga masak

Kuah Kerutuk Special :
***
Masukkan santan dalam periuk. Tambah pes kerutuk Chef Ustazah. Masukkan daging jika mahu. Jika nak kuah sahaja pun boleh. Masak sehingga kuah pekat.

Ayam Goreng berempah Sedap.
****
Perap ayam dengan Pes Ayam Goreng Berempah Chef Ustazah.

Lagi lama perap lagi sedap sebab meresap masuk ke dalam isi ayam.

Pecahkan telur dan masukkan 3/4 cawan tepung kanji/ubi kayu. Gaul rata pada ayam.

Goreng sehingga garing dan cantik. Boleh taburkan daun kari dalam minyak semasa menggoreng.

Cara Hidangan
***
Hidangkan Nasi Kukus Bersama Kuah Kerutuk dan Ayam Berempah.

Nak lagi best. Tambah sambal belacan atau Sambal Jantan.