Ring..... Ring.... Ring.... Kedengaran bunyi alarm dari telefon Amir... Selang beberapa minit Amir bangun dan mematikan alarm di telefonnya. biskas bangun dan mengambil tuala dan berus gigi,

“Hmmmmm sedapnya menggeliat” kata amir yang memecah kesunyian pagi dan terus menuju ke bilik air.. 

Zain  juga bangun kerana terdengar suara amir yang menggeliat lalu membasuh muka sambil berkumur-kumur di Singki dapur .. 

Zain mengambil sebatang rokok dan duduk di atas kerusi sambil menunggu Amir yang sedang mandi...

20 minit dah berlalu, Kedengaran Azan subuh berkumandang memecah keheningan di kawasa perumahan di kampung lukut kota tinggi.

Amir sudah mandi dan bergegas ke bilik untuk menukar baju lalu solat subuh. Selang beberapa ketika selesai melakukan solat subuh lalu Amir menghamparkan badan di atas kerusi .Amir mengambil dan membelek-belek telefonnya.. Tiba-tiba Amir terkejut kerana selama bertahun-tahun telefonnya tu tidak pernah mendapat mesej dan miscall pagi-pagi buta macam ni...

“Selamat Pagi!! Bangun Subuh?.. Ayu mesej aku! pelik la... kenal pun x ni? “bisik hati Amir yang masih lagi merasa pelik dengan keadaan seperti ini..

“Salam pagi.. Thank kejut!! Hehe” balas Amir tersenyum.

Setelah tu Amir dan Zain bersiap untuk ke kerja... Amir membawa motor Despacthnya tu ke johor bahru dan Din bergerak dengan lori ke ladang sawit..

“Zain! aku pergi dulu ye.”Amir sedang menghidupkan enjin motorsikal miliknya.

“yelah. Jumpa petang ni? tempat biasa” Zain menyahut sapaan Amir  sambil mengundurkan lorinya ke belakang.

Mereka berdua bergerak dalam kekabusan pagi...
                                                             
                                                                     ***
Ayu Qhalisya dah siap mengopek kelapa untuk meniaga kedai milik ibunya.. kini dah jam 8.30 pagi waktu lazimnya untuk membersihkan badan setelah kerja yang memenatkan.. 
Ayu masuk ke dalam bilik mengambil tualanya dan duduk di birai katil.. Terdetik hatinya untuk mengambil telefonya di atas meja soleknya..

“Salam pagi.. Thank kejut!! Hehe”. Tersenyum Ayu Qhalisya membaca pesanan ringkas yang diberi oleh Amir..

“Wasalam buat apa tu? Sama-sama awak”. Ayu menjawab pesanan ringkas lalu meletakkan telefon dan terus ke bilik air untuk bersiap-siap ke kedai untuk menjual santan nya..

Selesai sudah mandi dan memakai baju, Ayu Qhalisya keluar dari bilik dan terus keluar untuk memanaskan enjin kereta Charede lamanya itu... 
Mak Sah (Ibu ayu) memanggil Ayu untuk mengangkat besen yang berisi isi kelapa untuk 
mereka meniaga si pasar basah setiu.

“ Aik Peliknya. Kenapa senyum sorang-sorang ni?” Mak sah menegur anaknya Ayu Qhalisya yang tersenyum sorang-sorang seperti orang yang mengkhayal.

“Mana ada mak? Tak senyum pun, biasala, apa yang peliknya.”Ayu Qhalisya membalas menyelak dari menjawab soalan ibunya.

“Yela, apa yang tak peliknya. Tu muka tu, kenapa senyum sampai telinga tu? Mak sah senyum tanda ingin mengetahui kenapa anaknya tidak seperti biasa.

“Eh! mak ni ada-ada je. Ayu biasa je la.” Jawab ayu sambil mengangkat besen yang penuh berisi isi kelapa dan terus memaling mukanya kearah lain. Merah muka ayu malu dengan teguran maknya.

Lalu ibunya melangkah masuk kedalam kereta dan Ayu Qhalisya memasuki kereta dan berkata “Mak jom lah.. mari kita gerak sekarang” Mereka pon bergerak ke pasar setiu seperti biasa.
[Bersambung.....]