Solat Sunat Isyraq dua rakaat ini dikerjakan selepas waktu Syuruk iaitu setelah matahari naik anggaran setengah galah (4 hasta atau 1.5 meter), lebih tepatnya kira-kira 12 minit setelah terbit matahari, sekira-kira jam 7.30 pagi. Bilangan raka'at boleh ditambah menurut berapa bilangan yang disukai, asalkan dilakukan dalam dua raka'at satu salam.

Diberi tempoh masa 12 minit ini sejak waktu Syuruk (terbit matahari) adalah agar ia tidak menyamai orang yang menyembah matahari. Waktu ini juga adalah haram untuk melakukan sebarang solat kerana tanduk syaitan berada di antara matahari.

Tempoh masa Solat Sunat Isyraq adalah sangat singkat iaitu 15 minit sahaja (12 minit – 27 minit setelah Syuruk), bersamaan sehingga masuk waktu Dhuha.

Rasulullah SAW bersabda:


“Sesiapa solat Subuh berjemaah, kemudian duduk berzikir kepada Allah sehingga naik matahari dan mengerjakan solat dua rakaat (Solat Sunat Isyraq). Maka adalah baginya pahala seperti pahala Haji dan Umrah yang sempurna.” (Hadis Riwayat, At-Tirmidzi r.a.)

Cara Melakukan Solat Isyraq


1. Sebelum mendirikan solat Isyraq bacalah doa berikut:


2. Solat sunat Isyraq dilaksanakan sama seperti solat sunat dua rakaat yang lain.
3. Lafaz niatnya:-


“Daku solat sunat Isyraq dua rakaat kerana Allah Ta’ala.”

4. Bacaan surah selepas Al-Fatihah:

Rakaat pertama, bacalah Al-A’la.
Rakaat ke-dua, baca Al-Fil.

Atau;

Rakaat pertama, bacalah Al-Kafirun.
Rakaat ke-dua, baca Al-Ikhlas.

5. Selepas salam bacalah doa ini;


KELEBIHAN SOLAT SUNAT ISYRAQ

Allah akan memurahkan rezeki pada orang yang bersembahyang subat Isyraq pada hari tersebut. Ada riwayat yang mengatakan bahawa Allah S.W.T berfirman, maksudnya:

"Hai anak Adam, janganlah malas dalam mengerjakan sembahyang empat raka'at Isyraq kerana Aku akan memurahkan rezekimu dalam usaha-usahamu pada keseluruhan hari tu."