Malam berlalu begitu pantas. Pada malam itu semua ahli keluarga Farinda tidur dengan lenanya. Pagi mula  menyinsing.Farinda bangun lalu melihat jam disisi katil yang menunjukkan pukul 6 pagi. Mengeliat liut Farinda bangun membetulkan urat badannya. Kemudian Farinda mengejut adiknya satu persatu.
 “bangun dik! sudah subuh, cepat bangun sembahyang”.Farinda mengejutkan adiknya sambil bergerak ke arah dapur untuk mandi.


“Yeee.. nak bangunlah ni.” kemudian adiknya bangun lalu pergi ke dapur lalu pergi menyiapkan diri untuk bersolat.

Semua ahli keluarga bangun dan mereka melakukan solat subuh berjemaah di ruang tamu rumah atuknya. Selepas bersolat Farinda keluar rumah untuk mengambil angin dihirup udara segar di kampung berbeza dengan udara pagi di bandar.

“hmm indahnya suasana kat kampung ni?” Farinda menghirup udara pagi sedalam-dalamnya.

Kemudian farinda duduk di pangkin di bawah pokok rambutan milik neneknya sambil memerhati kabut yang meliputi kampung itu.
                                                                                              *****

Ayah membawa adik pergi keluar ke pekan. Ibu dan nenek pula sedang menonton tv.lalu farinda mengambil keputusan untuk keluar keliling kampung.
 “Nek ibu Rin keluar jalan-jalan sebentar ye” Farinda melihat nenek dan ibunya yang sedang menoleh kearahnya.

“Rin nak keluar naik apa?”soal ibunya sambil tersenyum melihat keadaan anaknya yang cantik pada hari itu.

“Rin jalan kaki je”Farinda membalas lalu menuruni anak tangga rumah neneknya.

“Rin! nek nak minta rin tolong belikan  kelapa, boleh”Nenek menghulur duit kearah Rin yang sedang memakai kasut ketika itu.

“Boleh nek nanti rin belikan kelapa,Rin pergi dulu ye”Farinda mengambil duit lalu turun ke tanah.

“Alhamdulillah Imah,anak kau dah kembali kepangkal jalan ,Emak gembira kita sekeluarga dapat bersama semula..” Nenek menepuk bahu Anaknya imah yang terharu melihat Farinda yang sudah berubah.

“Yela mak, Imah amat bersyukur Rin dah kembali kepada kita,akhirnya segala kepedihan dan cuba yang diberikan kepada keluarga ini telah berakhir”perbualan mereka diakhiri dengan air mata kesyukuran kehadrat ilahi.
                                                                                              *****
Farinda berjalan sambil menikmati pemandangan sawah terbentang, melihat keindahan bukit-bukau yang memukau hati. Tiba tiba Farinda berhenti kerana terdengar seperti ada orang yang memanggil namanya.

”Ya saya” Farinda menoleh kebelakang tetapi tiada sesiapa di sana. Farinda mencari dari manakah datang suara itu.

“Siapa yang memanggil aku?” Getus hati Farainda tertanya-tanya.lalu Farinda berhenti sekejap dibawah pohon untuk berehat.

Detik-detik hitam selama dua tahun yang lepas mula bermain di fikiran Farinda. Semuanya bermula selepas habis menjawab peperiksaan SPM.Farinda mula merasakan bebas dan ingin mencuba perkara baru.

Dengan berkenalan dengan kawan yang setahun lebih tua darinya Dina dan dua lagi kawannya
Sakinah dan Mas telah mengubah hidup Farinda.

Dina merupakan gadis yang mempunyai pengaruh dan mempunyai ramai kenalan. Dina mempunyai penampilan yang cantik dan mampu menundukkan ramai lelaki di sekelingnya.

Sakinah pula lebih bersikap bermegah diri dan suka dipuji berlainan dengan Mas yang lebih pendiam tetapi mempunyai renungan dan kata kata yang tajam apabila merasa marah. Namun gabungan mereka bertiga ini amat menarik di pandangan Farinda sehingga beliau menyertai mereka.

“Eh dah nak tengah hari, macam mana boleh mengelamun .Nanti lewat pula nenek nak memasak.”Farinda bangun dari lamunannya,lalu menyambung balik perjalanan ker kedai.


“Bang kelapa parut satu.”Farinda menunjuk insyarat jari satu diangkat ke atas menandakan untuk memesan kelapa parut dari pekedai.

 “Sebentar ye dik! ada ramai orang ni.” Jawab pekedai yang sedang melayan pelanggannya.

 “Baiklah abang.”,jawab Farinda tanda paham.

Lalu berjalan jalan melihat barang-barang lain. Farinda pergi ke bahagian peti sejuk dan mengambil sebotol air Oren dia terpaku melihat Coke yang berada bersebelahan.

“Cubalah air ni tak mabuk pun, Cuma Coke je,betul kan sakinah?.”Farinda memegang segelas Air coke yang berisi pil Khayal yang di masukan oleh kawan Farinda yang bernama Sakinah.

“betul-betul... alah takkan Coke pon tak minum,releks lar Far..” Balas sakinah sambil memandang Farinda yang teragak-agak untuk minum.

“Tadi aku nampak kau masukkan sesuatu kedalam air tu? Apa yang kau masukkan?.”Fainda menyoal Sakinah yang sedang enak melayan muzik di kelab malam di Bukit Bintang.

“Cuma gula-gula jer Far gelabah la kau ni.Tengok Mas minum takda masalah pun.. Rilek je.” Sakinah pantas menjawab pertanyaan Farinda.

Mas dan Dina bergerak untuk di lantai tarian menari mengikut rentak muzik yang di kelolakan oleh Dj Di kelab Malam Selebrity. Kelihatan ramai orang yang menari dan memeluk gadis-gadis kota yang berpakaian seperti tidak cukup kain. Farinda mula merasakan pening kepala dan mengikut alunan muzik yang rancak. Farinda menari bersama-sama kawan-kawannya.


“Dik, Kelapa parut dah siap!” Suara Pak Hamid  yang menyedarkan lamunan Farinda.

“Aaa, Okey Pak mid, Ayam nak sebelah ye?” Farinda tersentak dan teragak-agak untuk meminta ayam dengan Pak Hamid.

“Yelah, Itu je. Lagi..” Pak Hamid bertanyakan lagi kepada Farinda.

“Dah itu aje” Farinda mengambil Air oren untuk adik-adiknya.

“Okey! Farinda nak kira semua ke? Tanya Pak Hamid kepada Farinda.

“ Aah, Berapa semua Pak Mid’ Sambil meletakkan gula pasir dan tepung gandum yang di pesan oleh neneknya.

“ Rm 36.10 sen semuanya.” Pak Hamid mengira- ngira jumlah dengan kalkulatornya.

“Nah , ini duitnya.”Farinda menghulurkan wang sebanyak Rm 50 ringgit ke arah Pak Hamid.

“ Okey, ini bakinya” Pak hamid menghulurkan baki ke tangan Farinda.

Farinda berjalan terus keluar kedai milik Pak Hamid. Tiba- tiba seluruh tubuh Farinda merasa bergetar lalu Farinda seperti kaget keatas dirinya.



[Bersambung..........]