Dalam suasana yang cerah,Kedengaran bunyi jeritan seorang wanita memanggil nama Rin memecah kesunyian pagi.Kelihatan seorang lelaki sedang sibuk memeriksa kereta alfard dan sepasang kanak-kanak yang sedang bermain di halaman rumah. Juga terdapat seorang wanita dewasa yang masih memanggil anak sulungnya Farinda.

“Rin...Rin.. Cepat turun”.Pekik ibunya memanggil Farinda yang sibuk membawa satu beg besar turun keruang tamu rumahnya.

“Ye,Ibu”.Jawab Farinda termengah-mengah.Cepatlah karang ayah kamu tu marah,Jangan lambat sangat.Jawab ibu Farinda sambil membawa masuk adik-adik farinda ke dalam kereta.

Setelah Farinda dan keluarga telah mengemas beg masuk ke dalam kereta,Ayah farinda masuk dan sedia untuk memandu pulang ke kampung.Farinda dan sekeluarga dalam perjalanan pulang ke kampung amat gembira dapat bertemu datuk dan neneknya yang sudah lama tidak berjumpa. 

Sepanjang perjalanan Farinda melihat persekitaran melalui mata kaca kereta seronok melihat bangunan serta tumbuhan yang berdiri di setiap tepian jalan. Farinda tersenyum keseorangan melihat telatah adik-adiknya di dalam kereta milik ayahnya.

Farinda leka melihat pemandangan kerana sudah lama perjalanan untuk menuju ke kampungnya.Tiba-tiba lampu terpadam dan Farinda dalam kegelapan mencari jalan untuk  dituju,dia berlari dalam ketakutan seperti di kejar sesuatu.” Ayah.... ibu....” Farinda memanggil sambil menangis. Berpeluh dahi farinda  seperti mencari dalam kegelapan mencari jalan untuk keluar. Selepas itu Farinda terdengar seseorang memanggilnya.”Rin... rin.... bangun dah sampai ni”. Ibu Farinda membangunkan Farinda yang terlena Di kerusi di tempat duduk belakang kereta.

“Ibu dimana kita?” Farinda terjaga dalam keadaan separa sedar yang masih terbawa-bawa dirinya seperti mimpinya sebentar tadi. Farinda yang sedar yang beliau telah tertidur sepanjang perjalanan untuk ke kampung.

“Bermimpi rupanya”. Farinda menarik nafas lega setelah terjaga dari tidur.Dalam hatinya tertanya-tanya akan maksud dari kisah mimpinya tadi.Akan tetapi Farinda merasa gembira apabila melihat datuk dan neneknya sedang menyambut kedatangannya.
“Farinda.....” Dari jauh neneknya memanggil manggil nama cucunya itu yang sudah lama tidak berjumpa.

“Ya nek, Nenek dengan atuk sihat?”. Farinda membalas panggilan dan segera pergi bersalam serta memeluk erat atuk dan neneknya.

“Sihat Rin, masuklah dulu.Panggil mak ayah rin sekal”i. Sambil nenek dan atuknya menyangkat beg rin menaiki tangga rumahnya.
Mereka semua menaiki tangga rumah usang neneknya.
***

“Nek wat apa nie?” Farinda menyoal tertanya tanya melihat neneknya sedang sibuk melakukan sesuatu.
“Nek sedang menyiapkan air untuk "Tin” mandi”. Balas  nenek sambil menuang air kedalam besen .

"Teringat Farinda akan seekor anak kucing betina bewarna putih yang amat comel.
Oh! nek nak mandikan Tin ye. Farinda menyoal lagi neneknya.

“Rin tolong nek carikan Tin, dari pagi tadi nek tak nampak kemana agaknya di pergi?”. Neneknya meminta pertolongan Farinda.

“Ya nek”, Farinda dengan segera pergi mencari kucing itu. Anak mata Farinda berkeliaran mencari susuk kucing yang pernah dilihatnya dahulu.

“Mana agaknya Tin bermain?” berlalu sambil didalam pikirannya membayangkan seekor anak kucing bewarna putih yang suka bermain.

Kelihatan satu susuk kucing yang bunting di bawah buaian agak jauh dari rumah neneknya. Tin.. Tin.. Farinda memastikan adakah kucing bunting itu kucing yang dicarinya.

Dengan pantas kucing itu berlari ke arahnya setelah mendengar namanya dipanggil. 
Sudah besar rupanya kamu, tak sangka cepat masa berlalu dan mula terkenangkan dia sudah agak lama tidak pulang ke kampung kali terakhir bertahun yang lepas pada musim cuti sekolah.

Mengalir air suam dipipi apabila Tin datang bermanja denganya teringat sewaktu dulu Tin ditendang sehingga satu ketika kucing itu terluka,apabila tercampak mengenai kayu yang tajam. Tetapi haiwan itu datang seolah-olah memaafkan kesalahannya yang lalu.

“Nek Rin dah jumpa Tin”. Farinda mengendong kucing kearah neneknya.
Kamu sajalah yang mandikan Tin,Nek dah sediakan air mandinya.Berkata sambil menutup paip.

“Nek Rin tidak pernah memandikan kucing”. Balas Farinda sambil memikirkan cara untuk memandikan kucing di tangannya itu.

“Senang saja rin”.Kata neneknya kemudian diajarkan caranya satu persatu.

ketika itu lah Farinda menemui parut dibawah perut Tin.
“Nek banyak salah Rin pada semua orang nek, adakah masih ada peluang untuk Rin menebus semua kesalahan lalu”. Teresak-esak Farinda mengingati kisah lampaunya.

“Rin jangan difikirkan lagi perkara yang telah lepas, nek dan atuk termasuk abah dan ibu telah melupakan perkara itu. Lihat Tin juga dah lupakan”.Neneknya menunjuk kearah tin yang memandang tepat kearah Farinda..

Terasa sejuk hati farinda mendengar kata-kata dari neneknya.Namun perasan bersalah masih ada di sudut hatinya..
***
Malam itu kedengaran bunyi cengkerik yang tidak dapat didengar di ibu kota dan diselang seli dengan bunyi kuali yang berdeting menandakan makan malam yang di sediakan di dapur.

Farinda pergi kearah jendela lalu melihat kearah luar jendela akan pemandangan bukit dan sawah di malam hari.Terasa tenang menyelubingi hati Farinda tidak pernah dirasainya sebelum ini.

Lamunannya terhenti apabila terdengar hilaian ketawa kedua adikya bergurau di ruang tamu.Terukir senyuman melihat telatah adiknya ketika farinda keluar dari biliknya. 

“Jom makan”. Atuknya mengajak semua ke meja makan.

Ikan patin lemak,ikan kering,budu dan ulam-ulaman menjadi hidangan malam itu.Atuk mengetuai bacaan doa. Lauk kelihatan berselera sekali apabila sesekali dapat makan bersama. Setelah beberapa tahun tidak merasa masakan neneknya.

Malam itu farinda makan dengan selera sekali.Perbuatannya itu diperhatikan oleh ibunya sayu dan gembira melihat anaknya sudah banyak berubah. Farinda tidak menyedari perilakunya itu diperhatikan oleh ibunya 

“Nek sedap lauk patin ni”.Kalau boleh Rin nak belajar memasak. Rin tak pernah memasak.
“Boleh, nanti ada masa nek ajarkan atau kamu boleh belajar dengan ibu kamu”.Balas nenek spontan.

Selesai mereka makan malam. Ayah dan atuk terus ke ruang tamu seperti membincangkan sesuatu.
Ketika itu ibu Farinda mengajaknya untuk membantu di dapur. “Mari tolong kemaskan meja ni” .
“Baiklah  ibu”. Farinda terus mengangkat pinggan mangkuk ke singki. Ibu dan nenek sedang menyimpan makan lebihan kedalam peti sejuk.
***
“Adik!! jangan bising semua orang sudah tidur nanti menggangu orang lain?” Rin menegur adiknya yang masih bergurau walhal sudah lewat malam.
“Baik kak” terus mereka berbaring dan keadaan terus menjadi sunyi.

Hanya bunyi cengkerik yang mendendangkan lagu untuk mendodoikan mereka semua..

.............Bersambung..................................