Asalamualaikum w.b.t. Pihak kecikbeso ucapkan kepada anda semua pembaca blog tegar yang sering membaca blog ini. Setelah mendapati blog kecikbeso telah ditubuhkan  pada tahun mac 2009, ketika itu hanya saya Editor TunAidil sahaja yang menulis artikel di sini, dan pada tahun 2012 blog kecikbeso mendapat sambutan hangat dari 3k-5k sehari sehinggalah 10k-80k sehari. Ini semua di sebabkan oleh penulis yang di tugaskan dalam blog Kecikbeso iaitu Gadis BIasa ,Siti Hasanah dan Share Cerita termasuklah saya Tunaidil.

Alhamdulillah selepas mendengar pendapat dari beberapa orang blogger, pembaca dan mendengar ceramah ustaz- ustaz di youtube dan ceramah di maahad. Pihak kami dapati blog kami mengongsikan artikel-artikel yang berdosa sehinggalah kami mati nanti..

Antara artikel yang pihak kecikbeso maksudkan adalah artikel berunsur lucah, ngeri dan gosip. Oleh itu, Setelah berbincang dengan para penulis yang menulis dalam blog kecikbeso ini kami sebulat suara untuk padam semua artikel dan memulakan penulisan baru dalam blog kami.InsyaAllah akan berfaedah kepada kami dan semua pembaca di luar sana.. Amin.

Di tulis oleh Editor Kecikbeso
TunAidil