"Kau rasa, dunia ni adil ke?" soal Kay kuat. Pertanyaan itu dilontar kepada Vee yang sedang memfokuskan pandangannya kepada gerakan air di Sungai Klang itu.
Vee mendegus. "Adil dari persepsi apa yang kau mahu tahu?"
Kay hanya membisu. Pertanyaan Vee itu seakan - akan sinis menerjah telinganya. Sangat sinis, hingga mampu terguris!
Sebiji batu sebesar kelingking dibalingnya ke dalam sungai berwarna seakan tea tarik itu. Permukaan air sedikit beriak ketika batu itu mencecah permukaan air.
Vee mengukir senyuman. "Adil itu sama seperti batu tu, sungai Klang pulak sama macam bumi Kuala Lumpur ni, susah nak definisikan makna 'adil' tu."
Mata Kay masih memaku ke permukaan sungai. Di kepalanya berlegar - legar maksud perkataan Vee tadi.
Vee, seorang gadis jurusan undang - undang, anak orang kaya tetapi dibuang keluarga hanya kerana dia memilih untuk menjadi seorang pelukis potret. Pertama kali menjadi seorang Peguam bela kepada seorang anak VVIP yang didakwa atas tuduhan merogol seorang anak penoreh getah dibawah umur telah membuka mata Vee kepada dunia seorang miskin yang tidak pernah dia sedar.
"Perkataan adil tu besar, mungkin kau rasa benda tu tak adil sebab kau tak diberi peluang. Tapi, cuba bayangkan next time kau dapat peluang tu, mungkin persepi kau akan berubah. Kadang - kadang, apa yang kita nak tu bukan apa yang Allah tentukan untuk kita. So, be patient bro!" balas Vee sambil membetulkan rambut depannya yang hampir menutup mata.
"Kau rasa, apa yang kau buat pada diri kau sekarang, adil?" Kay masih tidak mahu berhenti mempersoalkan soal 'adil' kepada Vee.
Vee senyum segaris. Masih tidak terkesan dengan pertanyaan Kay.
Jika mahu dibicarakan tentang 'adil', memang Vee punya banyak hujah. Seorang peguam muda, pelajar terbaik dan mahasiswa hebat memilih menjadi seorang pelukis jalanan hanya kerana mahu mempertahankan makna adil.
"Vee, kau tak faham! kau bukan macam aku. Aku lahir dari keluarga miskin, duduk kawasan pendalaman. Dulu, shopping mall pun aku tak kenal, Bangunan KLCC tu dalam mimpi pun belum tentu aku boleh bayangkan. Hidup kita lain. Makna adil pada kau pun bermaksud lain."
Vee sudah menggelengkan kepala. Lelaki bernama Kay itu memang keras hatinya. Masih tidak mahu menerima takdir yang sedang mengipas jalan hidupnya.
"Dalam hidup ini, tak ada fairytiles dude! yang ada cuma chapter. Imagine, setiap buku hidup kita ada kisahnya sendiri. Aku memang tak faham kau, kau juga tak faham aku. Seri!" jawab Vee.
"Aku faham kau, kau yang tak faham aku!" bentak Kay. Separuh marah.
"Kay, kalau kau faham aku, kau tak akan utarakan dan tak akan bangkang cakap aku."
"Tapi Vee..."
"Kay, boleh jadi aku bukan berada di tempat kau, boleh jadi kau cakap semua ini tak adil kerana latar belakang keluarga kita berbeza. Tapi, aku kira kau lebih bertuah dari aku. Kau kurang pada kekayaan, tapi kau mewah dengan kasih sayang keluarga. Kau tengok aku, keluarga aku mewah dengan wang berkoyan - koyan, tapi aku miskin kasih - sayang, aku dibuang hanya kerana mempertahankan soal 'adil'. Kau rasa, adil ke untuk aku terima semua ini?" Vee mendengus kasar.
"Aku tak bermaksud macam tu," Kay terasa sedikit bersalah.
"It's okey, aku faham," Vee sudah melangkah masuk ke dalam ruang legar Central Market. Sedikit terasa hatinya tatkala teringatkan keluarganya.
Kay hanya memandang belakang tubuh Vee hinggalah gadis itu hilang disebalik orang ramai di ruang legar Central Market.
Apa yang dikatakan oleh Vee sungguh tidak dapat disangkal oleh Kay. Mana mungkin Kay boleh menandingi hujah peguam muda itu. Sangat rude!
Tali leher yang mengikat batang tengkuk dilonggarkannya, butang baju kemeja di ditangan dan kolar yang menutup bahagian leher dibukanya.
Interview kali ini adalah interview kali kelima yang menemui jalan kegagalan. Semuanya menemui kegagalan apabila Kay gagal bertutur dalam bahasa Inggeris dengan sempurna. Hanya kerana alasan itu, permohonan Kay ditolak mentah - mentah. Ikutkan, Kay juga bukan lelaki sembarangan, Kay lulusan Ijazah dari Universiti tempatan. Kay mampu memahami setiap tutur dan laras bahasa asing itu, tapi sebagai seorang anak kampung yang tinggal di pendalaman, keyakinan Kay untuk bertutur dalam bahasa inggeris sangat rendah.
Malu. Itu punca utama masalahnya. Sudah berkali - kali Vee mengajarnya, sudah berkali - kali Vee memberi semangat, tapi semuanya berkesudahan hampa.
Kay dan Vee memang berbeza.
Kay, seorang pemuda bijak yang datang dari sebuah kampung pendalaman, yang tidak biasa dengan dunia moden, yang hanya tahu bertutur dalam bahasa melayu tinggi, yang hidup biasa dengan makanan kesukaannya adalah ikan pekasam.
Vee, seorang gadis bijak yang sudah biasa tidur berlapikkan kemewahan dengan cara hidup ala - ala inggeris yang sudah hilang makna halal dan haramnya, tinggal bersama ibu - bapanya yang mementingkan nama dan harta dari kebahagiaan, yang mengukur kebahagiaan dengan berapa berkoyan - koyannya harta yang terkumpul. Malah, keluarganya juga lebih mementingkan bahasa Inggeris sebagai bahasa basahan mereka. Keluarga Vee mahu menjadi contoh kepada Melayu Urban yang tinggal di tengah - tengah kota Kuala Lumpur, Melayu urban yang tidak makan mahupun menyentuh sedikitpun ikan masin, jauh sekali ikan pekasam!
Kay dan Vee, bertemu di kota ini, kota Kuala Lumpur yang terlalu banyak benda tersembunyi. Bermula di kota ini, mereka sama - sama mencuba melastik bintang. Mencari makna disetiap persoalan.
Jika Paris adalah kota cinta, Jangan terkejut jika Kuala Lumpur adalah kota kehidupan!
Macam - macam ada! sama macam iklan astro.
***
"Vee, aku mintak maaf! aku emo sangat tadi." wajah Vee yang sedang khusyuk menghadap kanvas dengan berus cat yang sudah mencoret pelbagai warna di kanvas putih dipandangnya.Masih pegun. Beku.
"Aku tahu... aku sedar aku salah. Definisi kita berbeza. Tapi, perbezaan itu yang menjadikan kita rapat. Aku mintak maaf ye!" Kay masih tidak berhenti memujuk.
Wajah Kay dipandang Vee sekilas. Malas mahu melayan lelaki yang cepat putus asa seperti Kay!
"Vee, kau tak nak cakap dengan aku lagi ke?"
"Kau nak aku cakap pasal apa? aku dah muak melayan kau mempersoalkan tentang adil. Muak. Kau faham tak maksud muak tu apa? nak aku terangkan juga maksud dia apa ke?" suara Vee sudah mula berubah nada. Marah.
"Vee..." Kay sudah mula buat muka sedih. Sungguh, ini pertama kali Kay melihat Vee marah. Kali ini Vee memang betul - betul marah!
"Apa lagi? kau tak nampak aku busy ni?" ucap Vee seraya mengerutkan keningnya.
"Esok aku ada interview lagi. Kau doakan aku ye!"
"Doakan pun tak guna kalau orang tu tak kuat semangat. Lembik macam pondan!" Sinis kata - kata yang keluar dari mulut Vee.
Kay mengeluh perlahan. "Sampai macam tu sekali kau cakap pada aku Vee?" balas Kay dalam nada kecewa. Sungguh tidak Kay sangka, seorang gadis yang dipujanya dalam diam sanggup menuturkan kata - kata itu kepadanya.
"Aku pergi dulu!" tambah Kay sambil melangkah meninggalkan Vee.
Larikan berus pada kanvas putih terhenti. Pandangan Vee beralih kepada Kay yang sudah mula membelakangkannya. Sungguh Vee tidak berniat mahu menyakiti Kay. Tetapi hanya itu sahaja cara yang Vee ada untuk menaikkan semangat Kay.
Kay kena kuat. Kay kena percaya pada janji Tuhan. Hidup ini bukan mudah, tiada kisah fairytale dalam dunia ni. Perjalanan ini panjang, Kay harus belajar mencari cinta Tuhan di sebalik semua pengalaman.
'Kay, bertabahlah mengejar pelangi' ucap Vee di dalam hati.
"Kay, sebagai seorang kawan, aku sentiasa doakan yang terbaik untuk kau..." ucap Vee perlahan seolah - olah Kay sedang berada disebelahnya saat ini.
*****
"Kay... termenung je. Kau okey ke?" Kay angkat kepala melihat gerangan yang menegurnya. Senyuman diukirnya apabila melihatkan wajah gadis kacukan cina di depannya.
"Kau gaduh dengan Vee ke?" gadis itu masih tidak berhenti bertanya.
"Tak lah. Aku okey je!" Kay cuba buat - buat gembira.
"Tak baik tipu,"
Kay mengeluh. "Entahlah Meera, Kay buntu."
"Kenapa? Pasal Vee kan?"
Kay angguk perlahan. "Vee merajuk." perlahan suara Kay.
"Merajuk?" Meera ketawa kuat. Hanya kerana Vee merajuk, Kay bertukar menjadi sasau!
"Tak lawaklah Meera."
"Meera tak cakap lawakpun. Meera cuma ketawa. Kay sukakan Vee ye?"
"Tak lah."
"Ye, Meera nampak dari mata Kay."
Kay senyum segaris. "Tapi Vee tak suka Kay."
"Kalau Vee merajuk, maknanya Vee pun ada hati pada Kay agaknya." Meera sengaja menduga.
"Kami tak setaraf. Vee tu anak orang kaya, peguam terkenal pula tu. Apa ada pada Kay? Kay tak ada apa - apa. Kay cuma graduan menganggur, kerja pun dekat kedai lukisan je. Lainlah Vee, walau dibuang keluarga, akaun dia tetap penuh, ada je duit masuk."
"Kay, itu bukan masalahnya!"
"Meera tak faham." balas Kay seraya bangun dari kerusinya. Sungguh tiada sesiapa faham perasaannya.
"Kay! mungkin Kay akan faham kalau Kay jumpa dengan lelaki kacak yang selalu datang melawat Vee semenjak dua menjak ni." Langkah Kay terhenti. Lelaki? Vee dah ada lelaki lain?
Vee...
*****
"Assallamualaikum." ucap satu suara ketika Vee sedang merapikan lukisannya.
"Waalaikumsalam." balas Vee malas. Mendengar sahaja suara itu, Vee sudah boleh mengagak gerangan yang menegur. Nak marah pun tak boleh. Sabar je lah!
"Coffee untuk Vee." satu cawan kertas di hulurkan kepada Vee. Senyuman tawar diukir Vee saat tangan kanannya menyambut cawan kertas itu.
"Moody je Amar tengok, Vee okey tak ni?"
"Okey, Amar buat apa dekat sini?"
"Amar datang tengok Vee."
"Vee sihat je."
"Cantik lukisan Vee, abstrak seakan - akan sedang bercelaru. Ada apa - apa yang Vee nak kongsikan dengan Amar?" Amar sengaja melarikan topik perbualan mereka.
"Tak ada apa - apa." Vee masih mahu berahsia dengan Amar. Pada Vee, Amar bukanlah penyimpan rahsia terbaik. Jika dipaksa, Amar akan buka mulut. Bukan Vee tidak percayakan Amar, tetapi Vee harus berwaspada.
"Macammana dengan cadangan Amar? Vee sanggup tak nak terima?"
"Bagi Vee masa dulu Amar. Vee tertekan sangat. Tolong jangan paksa Vee,"
"Amar tak paksa. Tapi ini semua demi kebaikan Vee."
"Kebaikan Vee atau keuntungan Papa?" Protes Vee. Tajam mata Vee memandang wajah Amar di hadapannya.
"Kahwin dengan Amar ataupun uruskan Syarikat Papa dekat London. Apa kebaikan semua tu pada Vee?" Vee masih protes.
"Kalau Vee kahwin dengan Amar, Amar janji akan benarkan Vee melukis."
"Itu bukan masalahnya. Masalah sekarang, Vee tak cintakan Amar. Vee cintakan orang lain." Mata Vee memaku memandang wajah lelaki itu.
"So, you decide it. Vee uruskan Syarikat Uncle di London. Maknanya, Vee dah buat keputusanlah ni!" Amar sudah mengukir senyuman tawar. Sedikit terhiris hatinya mendengar pengakuan Vee.
"No!"
"Yes!"
"Amar!"
"Vee, jangan kecewakan Uncle. Vee dah kecewakan uncle dua tahun ni, jangan tambah lagi kecewa tu. Uncle dan aunty sayangkan Vee, mereka nak Vee berjaya, nak Vee bahagia."
"Vee dah cukup bahagia sekarang ni Amar."
"Menjadi pelukis jalanan, itu yang Vee cakap bahagia? Vee ingat, hasil jualan lukisan Vee tu cukup nak sara hidup Vee? Vee ingat, hasil jualan lukisan tu boleh nak bayar sewa Apartment dan kereta Vee tu? Vee ni tak matang sungguh, Tuhan dah beri Vee segala - galanya, tapi sikit pun Vee tak bersyukur. Sedangkan, berapa ramai lagi manusia dalam dunia ni nak jadi macam Vee, nak ada apa yang Vee ada sekarang. You so rubbish Vee! Vee ni manusia yang tak pandai nak bersyukur." Nada Suara Amar semakin meninggi. Vee memang degil.
"Amar, leave me alone!"
"No!"
"Amar, pergi! Vee cakap pergi!" Suara Vee juga ikut meninggi.
"Vee, banyak cara lagi Vee boleh guna untuk melihat orang - orang di bawah Vee. Tapi, bukan dengan cara ini. Vee tak harus korbankan apa yang Vee ada untuk puaskan hati Vee, puaskan hati orang keliling.
"Amar, please leave me alone!" Vee sudah mengetap giginya menahan geram.
"Okey, Amar pergi! Ingat Vee, matlamat tak menghalalkan cara. Jangan jadi derhaka Vee." Ucap Amar sambil berlalu pergi.
Vee sudah menyilangkan tangannya memeluk dada. Kepala yang tadinya sudah hilang sakitnya kembali berdenyut. Kehadiran Amar petang itu membuatkan Vee bertambah sakit hati.
Bagaimana mahu memilih andai yang harus dipilih itu tiada langsung keuntungan kepadanya?
"Vee... "
"Apa lagi ni?" Vee bangun dari duduknya, badan dipusingkan ke belakang melihat wajah yang menegur.
"Betul ke apa yang aku dengar ni?" soal Kay.
"None of your business!" marah Vee.
"Kau nak kahwin dengan lelaki tadi tu ke?"
"Leave me alone Kay, please Kay... please!" Vee sudah seakan merayu.
"Vee, tolong jangan kahwin dengan dia, tolong jangan pilih dia... aku cintakan kau!" Kay sudah tidak mahu merahsiakan lagi perasaannya kepada Vee. Kali ini Kay nekad, Vee tidak harus dilepaskan.
Vee tersentak. Kay cintakan Vee. Nyata, Vee tidak bertepuk sebelah tangan!
Vee menarik nafas dalam - dalam. Lelaki sebaik Kay tidak harus dipersiakan. Tapi, Kay tidak boleh hanyut dalam perasaan sendiri. Vee tiada pilihan.
Vee ketawa tiba - tiba. "Lelaki lembik macam kau nak pada aku? Hey kawan, kau dah cermin muka kau tu ke Kay? lelaki yang kau tengok tadi tu nama dia Amar, CEO di Tiara Holding, bangunan lima puluh tingkat tu dia punya. Kau apa ada? yang aku dengar dari kau, tak habis - habis soal 'adil' kau tu je. Berusahalah Kay, aku cabar kau... kalau kau mampu jadi seperti Amar, aku janji, aku tunggu kau Kay. Aku nak kau jadi seseorang, kalau bukan untuk akupun, mungkin untuk orang lain." Bahu Kay ditepuk perlahan seoalah - olah semangatnya disalurkan ke tubuh Kay.
"Vee, kau reject aku sebab lelaki tu?"
"Bukan. Aku reject kau sebab aku tak nak jatuh cinta dengan Kay yang aku jumpa hari ini. Aku nak Kay yang berwawasan, ada matlamat hidup dan tak mudah putus asa. Kalau orang lain boleh, kau pun bolehkan?"
"Aku faham, pipit dan enggang memang tak boleh terbang bersama." sayu suara Kay.
"Kay, kau memang lelaki lembik!" ucap Vee geram.
***
"Maknanya, Vee akan berkahwin dengan Amar?" soal Meera seakan terkejut. Kay hanya mengangguk lemah.
"Kay rasa macam tak nak pergi interview esok. Kay rasa down. Rasa macam separuh dari harapan Kay dah hilang bila teringatkan kata - kata Vee." Kay sudah mendegus kasar. Kecewa sungguh hatinya tatkala teringatkan Vee.
"Kay, positiflah! Vee bukan tak terima, Vee nak Kay berusaha."
"Apa gunanya? kalau Kay usahapun, Vee tetap akan kahwin dengan Amar."
"Kay cepat putus asa! jangan kata Vee, Meera pun sakit hati dengan perangai loser Kay ni!"
"Meera tak faham. Dunia Kay dan dunia Vee berbeza! macammana Kay usaha, Kay tetap tak boleh nak tandingi Amar, jauh panggang dari api."
"Suka hati Kay lah, Meera dah malas nak campur." Meera berlalu masuk ke dalam kedai. Sengaja membiarkan Kay melayan perasaannya sendiri.
Meera mula mengenali Kay sejak setahun yang lalu ketika Kay diterima kerja sebagai pembantu jualan di kedai lukisan sebelah kedai cenderahatinya. Terus - terang, Meera pernah jatuh hati dengan Kay, tetapi perasaan itu hilang apabila Kay dengan tidak sengajanya terlepas cakap kepada Meera bahawa dia mencintai Vee.
Kisah itu sudah berlalu, kini Meera sudahpun menjadi tunangan orang, lelaki pilihan keluarga yang menjadi pilihannya juga.
Kay masih duduk di kerusi kerjanya sambil matanya memandang satu persatu lukisan yang tergantung di dinding kedai itu. Di fikirannya masih ligat memikirkan tentang Vee dan Amar.
Amar cintakan Vee. Tapi, adakah Vee juga cintakan Amar?
Vee...
*****
Kalaulah Kay tahu Vee sebenarnya juga mencintai dirinya, agak - agak apa reaksi Kay agaknya? Sungguh, kata - katanya semalam dan reaksi Kay membuatkan Vee terasa amat bersalah. Tentu kini Kay rasa rendah diri, tentu saat ini Kay kecewa.
Jam di tangan dikerling sekilas. Sudah pukul 11.00 pagi, tetapi bayang wajah Kay masih tidak kelihatan seperti selalunya. Kerana rasa bersalah yang menggunung, Vee bangun dari menghadap muka lukisan lalu berjalan ke kedai lukisan tempat Kay bekerja yang terletak beberapa meter dari kiosk kecilnya.
"Kay!" panggil Vee sambil berjalan masuk ke dalam kedai dua tingkat itu.
"Eh, Vee..." Pak Samad, pemilik kedai itu mengukir senyuman pada Vee saat berselisih dengannya.
Senyuman Vee ukirkan tanda membalas senyuman lelaki separuh umur di depannya.
"Pak Samad, Kay mana ye?"
"Kay ada interview."
"Ye ke, dekat mana?" soal Vee ingin tahu. Semalam, kerana terlalu emosi, tidak langsung dia teringat mahu bertanya pada Kay.
"Empire One Holding,"
"Empire One Holding?" soal Vee tidak percaya. Bulat matanya memandang wajah tua itu. Pak Samad mengangguk.
"Kalau macam tu tak apalah, Vee call Kay sendiri," tambah Vee seraya mengeluarkan I-phone 5 dari poketnya. Nombor Kay didailnya.
Kali pertama... tidak berjawab
Kali kedua, masih tidak bersambut.
Kali ketiga, talian terus dimatikan.
"Kay..." ucap Vee perlahan. Ada sesuatu harus diberitahunya pada Kay.
Vee mendegus perlahan. Vee tiada pilihan. Segala yang Vee lakukan sekarang, semuanya demi kasih - sayang Vee kepada Kay. Kadang - kadang, kita harus menjadi kunci kepada kebahagiaan orang lain, kadang - kadang kita perlu menjadi pembuka jalan rezeki untuk orang lain.
Kay harus diberi peluang, kini Kay dapat peluang itu. Demi Kay, Vee sanggup berkorban. Kay harus dapat peluang itu.
Kali ini, sekali ini, Vee berkorban.
Galeri panggilan di dalam I-phone 5 itu dibuka, laju tangan Vee mencari satu nombor telefon seseorang. Setelah nombor itu terpapar di skrin, butang hijau dipermukaan skrin ditekannya.
I-phone itu diletakkan di telinga sebelah kirinya. Hati Vee berdebar pelbagai irama saat menunggu talian itu bersambut.
"Hello," kedengaran suara yang cukup dirinduinya itu di hujung talian.
"Papa..." ucap Vee perlahan.
*****
"Vee!" panggil Kay kuat saat kiosk Vee dihampirinya. Vee hanya angkat muka sedikit memandang wajah Kay, kemudian pandangannya kembali kepada muka lukisan.
"Aku ada berita baik nak kongsi dengan kau." ucap Kay teruja. Terpamer wajah kegembiraannya.
"Kau dapat kerja?" soal Vee.
"Betul!"
"Tahniah," balas Vee tiada perasaan. Sengaja perasaan itu disimpannya dalam - dalam. Ikutkan hati, Vee mahu sama - sama melompat kegembiraan bersama Kay.
"Kau macam tak gembira je." Kegembiraan Kay hilang apabila melihat riak wajah Vee.
"Aku okey je."
"Vee..."
"Apa?"
"Kau kenapa?"
"Tak ada apalah," Vee sengaja mahu berahsia. Kesedihannya cuba disembunyikan. Agaknya, apa reaksi Kay jika tahu hari ini adalah hari terakhir mereka bersama, hari terakhir mereka aku bertemu muka.
"Kau masih marah pada aku?" soal Kay pada Vee.
"Kenapa aku nak marah kau?" Vee ikut menyoal.
"Pasal kau dan Amar."
"Aku tak suka Amarlah!"
"Habis kau suka siapa?" Soal Kay. Vee masih membisu. Masih mahu berahsia.
"Eh, aku ada benda nak bagi kau." Sengaja Vee melarikan topik perbualan mereka. Vee bangun dari duduknya lalu mencapai sebuah lukisan yang terletak di tepi dinding.
"Ambillah, ini untuk kau." lukisan itu bertukar tangan.
Kay sudah mengerutkan kening. "Inikan lukisan kesayangan kau?" soal Kay tidak percaya.
Vee mengukirkan senyuman. "Aku tahu, kau pun suka lukisan ni, ambillah!"
"Tapi kenapa? ini lukisan kesayangan kau."
"Ambil je, ini hadiah dari aku sempena kau dapat kerja. Semoga kau akan ingat kenangan ini sampai bila - bila." senyuman cuba Vee ukirkan.
"Terima kasih Vee, kau memang kawan aku yang paling baik." ucap Kay sambil menumbuk perlahan bahu Vee. Vee cuba mengelak sambil turut menumbuk bahu Kay.
Kalaulah Kay tahu ini adalah hari terakhir pertemuan mereka, mungkinkah Kay akan menangis?
*****
Kertas berwarna ungu muda itu masih kejap dalam genggaman Kay. Air matanya tiba - tiba jatuh. Sungguh tidak dia menyangka bahawa dua hari lepas adalah kali terakhir dia bertemu dengan Vee.
Perpisahan.
Kini Kay dan Vee terpisah. Vee hilang tiba - tiba. Entah ke mana.
"Sabarlah Kay, hormati semua keputusan Vee. Meera yakin, Vee ada sebab kenapa dia kena pergi." Meera masih cuba memujuk.
"Tapi kenapa dia tak tunggu Kay?"
"Meera tak tahu,"
"Vee..."
"Sabarlah Kay, kalau dah jodoh Kay bersama Vee, Meera yakin Kay akan berte,mu dengan Vee lagi.
"Meera tak faham,"
Kertas ungu bertulis tangan itu dilipat kemudian dimasukkan ke dalam poketnya. "Kay balik dulu, dah tak ada apa untuk Kay dekat sini." sayu suara Kay.
"Kay, jangan lupa... dekat sinilah terciptanya kenangan dan memori kau dengan Vee."
"Aku tak akan lupa, dekat sini juga Vee reject aku."
"Kay, jangan cakap macam tu,"
Kay hanya mengukirkan senyuman tawar kepada Meera lalu menapak meninggalkan tempat itu.
*****
Vee duduk di salah - satu anak tangga di depan bangunan Trafalgar Square, matanya meliar memandang orang ramai yang memenuhi kawasan itu. Perlahan - lahan Vee cuba mencoretkan sedikit - demi sedikit pemandangan itu.
Hari ini adalah hari kedua Vee berada di Trafalgar Square. Entah kenapa, perasaan rindu Vee kepada Central Market dan Kay semakin menggebu - gebu. Tanpa sedar, Vee sudah enam bulan berada di bumi asing itu. Jauh terpisah dari Kay, dari Malaysia.
Lakaran Vee terhenti. Vee seakan tersentak tatkala matanya seakan terlihat susuk tubuh Kay diantara orang ramai yang memenuhi Trafalgar Square. Beberapa kali matanya digosok perlahan. Vee menarik nafas perlahan apabila wajah itu mengukir senyuman sambil berjalan ke arahnya.
"Kay..." lembut suara Vee. Matanya dipejam rapat - rapat, cuba mengukir bayangan Kay yang sudah mula menggila di matanya.
"Vee, Kay tak mungkin datang sini." bisik Vee pada dirinya. Perlahan - lahan mata di bukanya. Bayangan Kay yang tadinya mengukir senyuman kepadanya hilang. Vee menghela nafas lagi. Kecewa. Jujur, Vee mengharapkan kehadiran Kay.
Setelah yakin apa yang dilihatnya itu cuma bayangan rindunya pada Kay, Vee kembali meneruskan lakarannya pada muka lukisan. Mungkin kini Kay sudah bahagia, mungkin kini Kay sudah ada semua yang dia mahukan.
"Assallammualaikum," tegur satu suara di belakang Kay.
"Waalaikumsalam," balas Vee seraya memusingkan badan melihat orang yang menegurnya.
Lukisan dan pensil terlepas dari tangan Vee. Mata Vee membutang.
"Kenapa pandang macam tu?" soal Kay dalam senyuman.
"Kay?"
"Ye,"
"Kay datang London?" soal Vee tidak percaya. Kay angguk dalam senyuman.
"Tapi Kay tak pandai speakingkan?" soal Vee tidak percaya.
"Vee yang cakap, Nak seribu daya, tak nak seribu dalihkan? Kay belajar. Lagipun environment Kay perlukan Kay kena speaking. Nak tak nak, Kay cuba."
Vee sudah menekup mulutnya. Tidak pernah menyangka Kay senekad itu.
"Kay buat apa dekat sini?" Soal Vee.
"Mengejar cinta hati." balas Kay ringkas. Vee sudah kerut kening. Kay berjalan menuruni tangga lalu duduk di tangga paling bawah sambil memandang Vee.
"Vee Issabela, Saya Kairul Adha ingin melamar awak menjadi isteri saya. Sudi tak awak terima saya?" ucap Kay lembut tetapi penuh keyakinan.
Muka Vee merona merah menahan malu. Perlahan - lahan Vee menanggukkan kepala tanda setuju.
"Serius?" soal Kay. Vee angguk kali kedua.
"Yes! Yes!" Jerit Kay teruja.
"Senyummmm..."
Klik! klik!
"Amar!" jerit Vee.
"Peace!" balas Amar seraya membuat isyarat peace kepada Vee dan Kay.
"Amar yang bagitahu Kay pasal Vee ye?" soal Vee. Amar angguk laju - laju sambil mengukir senyuman.
Panjangnye.....
ReplyDeletenice post..
ReplyDeletesinggah follow sini.. jom g blog APis :)
Best! trylah publish dekat web penulisan2u.my :D
ReplyDeleteBest!!!
ReplyDelete