Memang banyak blog yang wujud di Malaysia ni. Di sana blog, di sini blog, di situ blog. Tengok Facebook kawan pun dah semakin ramai yang post link ke blog masing-masing.
Tetapi selepas beberapa bulan, tiba-tiba senyap je kawan-kawan kita tu. Bila kita tanya kenapa tak update blog? Macam-macam alasan yang mereka bagi. Takde masa la, malas la, itu la, ini la… Macam-macam…
Tetapi adakah anda tahu kenapa mereka jadi macam tu? Kenapa mereka boleh berhenti dari blogging? Kenapa mereka gagal dalam dunia blogging?
Daripada pemerhatian saya, saya mendapati terdapat 5 sebab utama kenapa blogger-blogger ini, erm…mungkin anda pun salah seorang daripadanya, boleh berhenti dan gagal dalam blogging…
Di antaranya adalah…
1. BLOG HANYA UNTUK DUIT
Saya pernah sentuh isu ini dalam artikel saya, Blogger Newbie Blog Hanya Kerana Duit. Rata-rata blogger baru menganggap mereka boleh menjana pasif income sebanyak 3 hingga 4 angka dengan blogging. Tetapi mereka tidak tahu untuk mendapat angka sebanyak itu bukanlah mudah seperti yang mereka sangka.
Dan apabila mereka tidak dapat duit seperti yang mereka harapkan, mereka akan hilang semangat untuk blogging. Sebulan… Dua bulan… Earning Nuffnang mereka tak naik-naik pun. Buat penat je blog ni.
Last-last, mereka berhenti dari blogging. Sebab apa? Sebab tujuan mereka awal-awal tadi untuk dapat duit. Dah bila blogging tak dapat duit, mereka pun malas dah la nak continue blogging lagi.
2. TIDAK MEMPUNYAI MINAT (PASSION)
Kalau dah awal-awal letak niat blog untuk duit, kemudiannya takde minat dalam blogging, memang sah-sah blog tu takkan ke mana.
Sebagai contoh, anda tengok abang blogger ni buat blog pasal hiburan. Anda pun ikut buat blog hiburan yang sebijik sama dengan dia. Padahal anda tak minat pun bab-bab hiburan ni. Tetapi sebab anda tengok ramai orang baca blog hiburan, anda pun tiru dan buat blog yang sama dengan blogger tadi.
Sebab takde minat, anda pun tak tahu isu-isu semasa dalam dunia hiburan. Bila dah tak tahu nak update isu apa, anda pun copy-paste artikel dari blog abang blogger tadi ke blog anda.
Setiap hari copy-paste. Setiap hari copy-paste. Tapi orang yang bacanya, takde. Sebab content anda sama je dengan content blog hiburan tadi, yang lebih popular dan terkini.
Buat apa orang baca blog anda kalau mereka boleh baca artikel yang sama dan terbaru di blog abang tadi? Last-last, takde orang pun nak baca blog anda. Anda pun stop dari blogging… Sebab takde minat melainkan copy-paste, copy-paste tak kesudah.
3. NICHE (TOPIK) SYOK SENDIRI
Atau anda mungkin ada minat mendalam dalam sesebuah topik, dan anda juga tak meletakkan duit sebagai tujuan utama dalam blogging. Tetapi sayangnya niche yang anda pilih tu, hanya anda seorang sahaja yang minat. Orang lain tak minat pun. Anda syok sendiri!
Contohnya macam ni. Anda minat sangat-sangat dalam niche perlumbaan kereta kuda di Malaysia. (hah?!) Setiap hari anda update blog dengan berita-berita terkini pasal kereta kuda di Malaysia. Anda mengharapkan orang lain akan datang dan baca blog anda.
Tetapi sayangnya, niche yang anda pilih tu tak popular dan tak mendapat sambutan pun. Tulislah macam mana pun, updatelah blog setiap hari pun, tetapi kalau orang lain tak minat, takkan ada orang yang akan datang ke blog anda.
Bila dah jadi macam tu, anda nak continue lagi ke blogging ni? Setiap hari tengok statistik, 5-10 orang je yang datang visit. Tu pun entah-entah anda sendiri yang datang ke blog untuk check ok ke tak. Buat penat je…
4. TERLALU BANYAK BLOG DALAM SATU-SATU MASA
Saya akui saya pernah buat silap yang sama seperti anda. Kita seronok sangat blogging. Nampak niche ni menarik, kita pun bukak blog satu. Nampak niche lain ok, kita pun bukak blog lagi satu. Last-last ada dekat 7-8 buah blog nak maintain dalam satu-satu masa.
Kalau anda ada satu blog, mudah untuk anda fokus hanya pada blog itu sahaja. Masa yang ada, anda boleh gunakan untuk cari bahan artikel, study on niche anda, follow update-update terkini, dan update blog anda.
Tetapi dah kalau ada 7-8 atau mungkin berbelas, belas blog, larat ke anda nak maintain tu semua? Sedangkan satu pun tak terjaga, ni kan nak jaga semua.
Last-last apa yang jadi? Semua blog tak terupdate (pernah terjadi pada saya sendiri pada tahun 2009 dan 2010 yang lalu). Apa pun tadak! Habis blog terbiar berhabuk siap ada anai-anai lagi. Tinggal reput nak roboh je.
5. TIDAK MEMPUNYAI MATLAMAT
Dan yang terakhir sekali, sebab yang paling utama kenapa anda gagal dalam blogging adalah kerana anda tidak mempunyai matlamat.
Apa matlamat sebenar anda dalam blogging? Apakah yang anda ingin capai dalam blogging? Trafik? Populariti? Suka-suka? Atau ikut orang?
Anda perlu mempunyai matlamat. Matlamat inilah yang akan mendorong anda untuk pergi ke depan dan pergi lebih jauh. Jika anda mempunyai matlamat, anda akan tahu apa yang anda inginkan dan apa yang ingin anda capai.
Tetapi jika anda tidak mempunyai matlamat, anda tidak tahu apa yang patut anda lakukan. Anda tidak tahu jalan apa yang anda patut pilih. Anda tidak tahu kaedah apa yang patut anda pakai. Dan macam-macam lagi.
Matlamat adalah penting dalam sesebuah blog. Jika tidak, anda adalah seperti:
Kau ibarat terperangkap ditengah lautan…
Tak tahu mana arah untuk kau menuju…-lirik lagu Perangkap Cinta.
Jika anda betul-betul ingin berblogging, pastikan anda mengatasi atau meninggalkan sebab-sebab utama yang saya kongsikan bersama anda pada hari ini. Saya percaya anda boleh, dan semestinya anda boleh!
Apa yang penting, jangan mengharapkan duit semata-mata dari blogging. Anda perlu mempunyai minat yang mendalam dalam niche anda. Pastikan juga niche yang anda pilih itu bukanlah niche yang anda syok sendiri. Fokus pada satu blog sahaja pada satu-satu masa. Dan akhir sekali letak matlamat anda sejelas-jelas yang mungkin.
Itu sahaja dari saya untuk hari ini. Saya doakan semoga anda berjaya, dan menjadi salah seorang blogger yang disegani di Malaysia. InsyaAllah…
blog suka2 je..senang..
ReplyDeletebtl gak.. blog suke suki je ean
ReplyDelete^^ bagus untuk ingatan buat aina sdiri :)
ReplyDeletebetulkan
ReplyDelete