“ Sayang fikir apa
tu?” soal Fariq. Airis membetulkan duduknya. Dia memandang Fariq yang sedang
memandu sekilas.
“ Nothing. Cuma
teringat je masa kita kat kampung dulu,” jawab Airis jujur. Fariq mengangkat
keningnya.
“ Masa abang nak lamar
Sya ke, sayang?” soal Fariq lagi sambil tersengih.
“ Yelah. Ingatkan orang
tu tak suka kat kita. Alih-alih slumber badak dia je masuk meminang. Bukan nak
tanya dulu,” kata Airis. Fariq ketawa.
“ Ala, abang tahu Sya
suka kat abang. Sebab tu abang suruh aje mama and papa masuk meminang,” balas
Fariq.
“ Yelah tu. Lama lagi
ke nak sampai rumah mak tok abang?” soal Airis.
“ Tak lama dah. Depan
tu aje,” jawab Fariq. Hampir enam jam Fariq memandu untuk ke Kepala Batas,
Pulau Pinang. Airis teringin sangat berjumpa dengan tok wan dan mak tok Fariq.
“ Abang, Sya nak tanya
something boleh?” tanya Airis. Dia menatap wajah kacak Fariq di sebelahnya.
“ Hmmm, sejak bila nak
tanya abang pun minta permission? Selalunya main terjah aje,” usik Fariq.
“ Ish, orang serius
ni,” rajuk Airis.
“ Abang gurau jelah.
Nak tanya apa?” Fariq mengetuk perlahan stereng keretanya.
“ Kalau nanti Sya dah
tak ada, abang cari lain tak?” soal Airis dengan nada yang serius.
“ Kenapa Sya tanya
macam tu?” soal Fariq kembali. Dia tidak senang dengan pertanyaan Airis itu.
“ Sya tanya je.
Manalah tahu. Kita kan tak tahu bila ajal kita. So, I’m just asking you,” jawab
Airis.
“ Jawapan abang, abang
tak tahu apa yang berlaku ke depan. So, abang tak tahu apa akan jadi kalau Sya
tak ada. Semua tu rancangan Allah,” kata Fariq. Airis tersenyum.
“ Airis pandai makan ulam?
Selalunya orang bandar jarang dapat makan ulam-ulam ni?” soal mak tok Fariq,
Tok Piah.
“ Airis pun asal
kampung juga, mak tok. Selalu jugak makan ulam kalau balik kampung atuk,” jawab
Airis.
“ Rumah atuk kamu
dekat mana?” soal Tok Piah. Dia mencabut rumput-rumput yang sudah panjang di
belakang rumah.
“ Kedah. Dekat dengan
rumah arwah atuk dengan nenek Fariqlah. Berjiran aje,” jelas Airis.
“ Lah, kamu ni cucu
Tok Majidlah ya. Mak tok dengan tok wan dah lama tak jumpa Tok Majid. Dulu
selalu jugak pergi sana bila papa Fariq buat kenduri. Sejak arwah nenek dengan
atuk Fariq dah tak ada, dah jarang sangat pergi Kedah,” ujar Tok Piah.
“ Oh, ye ke? Kalau
macam tu apa kata nanti sebelum balik KL, Airis ajak Fariq singgah rumah Tok
Majid. Boleh mak tok dengan tok wan jumpa dengan Tok Majid,” cadang Airis.
“ Hah, boleh jugak tu.
Jom masuk. Dah nak senja ni,” Tok Piah mendahului Airis masuk ke dalam rumah.
“ Baru bangun, Riq?”
soal Tok Hanafi, tok wan Fariq. Fariq duduk di sebelah Tok Hanafi di ruang tamu.
“ Ha’ah, penatlah
drive. Dah lama tak drive jauh,” jawab Fariq sambil menguap kecil.
“ Biasalah tu. Lagi
sebulan nak kahwin ni. Dah ready?” Tok Hanafi tersenyum penuh makna.
“ Sebab dah readylah
nak kahwin ni, tok wan. Umur pun dah tua. Tak adalah mama nak bising-bising
nanti,” kata Fariq.
“ Eloklah tu. Tak
sabar pulak tok wan nak ada cicit. Dah lama sangat rumah ni sunyi dengan suara
budak-budak,” Fariq sudah tersengih macam kerang busuk. Malu sebenarnya apabila
isu cicit yang dibangkitkan oleh Tok Hanafi.
“ Apa yang dibualkan
dua beranak ni. Bagi petua ka, abang haji oi?” sampuk Tok Piah. Airis
meletakkan dulang di atas meja coffee.
“ Petua apanya. Ni dok
suruh Fariq bagi kita cicit cepat-cepat,” balas Tok Hanafiah. Merah pipi Airis
disuik begitu.
“ Depa ni kahwin pun
tak lagi. Dah fikir pasal cicit. Tak menyempat,” omel Tok Piah.
“ Alah, kalau nak
berangan apa salahnya. Bagi kami cicit ramai sikit ya, Riq, Airis,” Fariq
menggaru belakang kepalanya. Airis pula menunduk. Segan.
Setelah seminggu Fariq
dan Airis berada di Kepala Batas, mereka ke Kedah pula. Menjenguk Tok Majid.
Itupun hanya sekejap sahaja apabila Fariq ada kerja yang perlu diselesaikan di
syarikat. Cuti Airis pula dah sampai ke penghujung sebelum dia melaporka diri
di syarikat Encik Halim. Tok Hanafi dan Tok Piah tak dapat ikut serta kerana
ada kenduri di rumah jiran mereka.
“ Arianna!” jerit satu
suara kuat.
“ I’m here. Upstair.
Bilik tengah,” sahut tuan punya nama yang dilaung.
“ Ria buat apa kat
sini?” soal Puan Sri Harlina, mummy Arianna.
“ Ria rindu arwah
abang. How I wish he’s here with me. I still can smell his perfume. Ria dapat
rasa kehangatan arwah abang, mummy,” jawab Arianna. Matanya berair. Dia terlalu
rindukan arwah abangnya yang meninggal disebabkan kemalangan enam bulan lepas.
“ Tak baik tau kalau
Ria macam ni. Kalau Ria rindukan arwah abang sangat, Ria bacakan Yassin untuk
dia. Itu lebih elok dari kita asyik meratap pemergian orang yang dah tak ada,”
nasihat Puan Sri Harlina.
“ I’m sorry, mummy.
Ria tahu apa yang Ria buat ni tak elok. Lain kali Ria tak buat lagi,” janji
Arianna. Dia tahu mummy dan daddynya juga turut bersedih dengan pemergian
satu-satunya anak lelaki mereka.
“ Dah, jom turun.
Daddy dah tunggu kita kat bawah. Nanti tak pasal-pasal muncul The Hulk pulak
sebab ada orang lapar. Kita pula dia ngap karang,” seloroh Puan Sri Harlina.
Arianna mengelap air matanya. Dia tersenyum.
“ Apa yang lama sangat
kat atas tu. Lama tau daddy tunggu nak makan,” kata Tan Sri Kasyfi. Dia
berpura-pura merajuk. Arianna memeluk daddynya dari belakang.
“ Dah turun pun. Tak
macholah kalau daddy merajuk. Buruk je Ria tengok,” Tan Sri Kasyfi menarik
lembut hidung anak gadisnya. Sememangnya Arianna pandai dalam bab pujuk memujuk
ini. Puan Sri Harlina hanya menggeleng melihat keletah dua beranak itu.
“ Duduk. Nanti daddy
makan Ria baru tahu,” Arianna duduk di sebelah daddynya. Puan Sri Harlina turut
mengambil tempat di meja makan itu. Mereka menikmati makan malam dengan suasana
yang ceria.
Sejak anak lelaki Tan
Sri Kasyfi dan Puan Sri Harlina meninggal, rumah itu agak sunyi dengan senda
gurau yang sering meriuhkan rumah banglo itu. Menantu mereka pula entah ke mana
dengan lelaki lain. Namun mereka beruntung kerana ada cucu yang menemani
saat-saat tua mereka. Bayi comel yang ditinggalkan anak lelaki dan menantu
mereka.
Arianna yang
berkerjaya sebagai interior designer hanya menggunakan kepakaran apabila
diperlukan sahaja. Dia lebih senang bekerja sendiri daripada menjadi orang
bawahan. Kadangkala Puan Sri Harlina membantu anak gadisnya itu mencari
pelanggan. Kebanyakkan pelanggan yang menggunakan khidmat Arianna memuji akan
kerja-kerjanya yang teliti dan kemas.
“ Anak mama apa khabar
hari ni?” Arianna mendukung Zarra, anak saudaranya di halaman rumah.
“ Ria dah jumpa kak
Aisyah?” tanya Puan Sri Harlina. Dia melabuhkan punggungnya di kerusi santai di
halaman rumah. Tidak jauh dari Arianna.
“ Belum, mummy. Insya
Allah kalau orang yang daddy upah tu jumpa kak Aisyah, dia bagitahu kita,”
jawab Arianna. Tumpuannya masih kepada bayi yang baru berusia enam bulan itu.
“ Macam mana kalau
Shauqi dah…,” Puan Sri Harlina menunduk. Arianna yang perasan akan maksud Puan
Sri Harlina mendekati mummynya.
“ Insya Allah. Kak
Aisyah tak akan apa-apa. Mummy janganlah risau, eh. Zarra, tengok tok mummy dah
nak nangis. Tak cantik dah, kan,” Arianna cuba menghilangkan kesedihan Puan Sri
Harlina.
“ Meh sini dekat tok
mummy,” Puan Sri Harlina mengambil Zarra dari dukungan Arianna.
“ Mummy rasa Ria patut
jadi ibu susuan Zarralah. Daddy ada bincang pasal ni dengan mummy,” Arianna
duduk di sebelah Puan Sri Harlina.
“ Maksud mummy?” soal
Arianna.
“ Mummy ada kenal
seorang mak cik ni. Dia ni bekas bidan. Memang pandailah bab-bab mengurut ni.
Apa salahnya kalau Ria cuba. Lagipun dah ramai perempuan yang ambil anak angkat
sanggup keluarkan susu badan untuk buat bayi jadi anak susuan mereka,” jelas
Puan Sri Harlina.
“ Jadi mummy nak Ria
menyusukan Zarra? Boleh ke mummy dalam Islam?” soal Arianna lagi.
“ Insya Allah. Mummy
ada search kat internet and tanya pada ustazah. Kalau benda tu tak memudaratkan
kesihatan, Insya Allah kita boleh guna cara tu. Ria boleh jumpa dengan doctor
untuk ambil pil hormon. Tapi sebelum tu kena dengar dulu nasihat pakar,” jawab
Puan Sri Harlina panjang.
“ Kalau itu yang
terbaik apa salahnya, mummy,” setuju Arianna. Puan Sri Harlina gembira kerana
Arianna bersetuju dengan cadangannya.
Sebenarnya Tan Sri
Kasyfi dan Puan Sri Harlina takut kalau Aisyah kembali ingin mengambil Zarra
daripada mereka. Lebih baik mereka bertindak sebelum ada perkara yang tak
diingini berlaku. Mereka dah jaga Zarra enam bulan dan sepanjang itulah sedikit
pun Zarra tidak diabaikan.
“ Ria nak pergi mana
ni?” tanya Puan Sri Harlina cemas apabila Arianna kelam kabut mencapai kunci
kereta milik arwah Zecky, anak lelaki mereka.
“ Ria nak keluar
sekejap. Ada benda yang Ria nak settle,” jawab Arianna sambil menyarungkan
kasut.
“ Kan dah malam ni.
Esok tak boleh ke?” Puan Sri Harlina menarik tangan Arianna.
“ Mummy, Ria keluar
sekejap aje. Nanti Ria baliklah,” Arianna cuba melepaskan tangannya dari
pegangan mummynya.
Tanpa menghiraukan
panggilan Puan Sri Harlina, Arianna tetap menghidupkan enji kereta dan berlalu
pergi. Puan Sri Harlina mengeluh. Dia cuba menelefon suaminya namun tidak
berjaya. Semua panggilannya tidak dijawab.
“ Amani. Tolong aku,”
kata Arianna sebaik panggilan telefonnya dijawab.
“ Eh, kau kenapa ni?”
soal Amani kalut.
“ Nanti aku cerita.
Sekarang ni aku nak kau tolong aku,” Arianna mengelap air matanya dengan tangan
kiri. Manakala tangan kanannya sibuk mengawal stereng. Nasib baik dia memakai
handsfree.
“ Okay. Kau nak aku
tolong apa?” tanya Amani.
“ Kau tolong telefon
polis. Nanti aku tekskan alamat rumah. Kau pergi rumah tu dengan polis sekali
tau,” minta Arianna.
“ Okay. Kau kat mana
ni?” tanya Amani lagi.
“ Aku on the way nak
pergi jumpa kak Aisyah. Tolong aku tau. Bye,” Arianna memutuskan panggilan
tanpa menunggu Amani membalasnya. Dia mengsms alamat sebuah rumah kepada Amani.
Untuk menuju ke tempat
yang dimaklumkan oleh informer yang diupah Tan Sri Kasyfi, Arianna terpaksa
melalui kawasan gelap yang pernah mengakibatkan arwah Zecky kemalangan enam
bulan lepas. Jalan itu lebih dekat berbanding dia perlu melalui jalan yang
banyak traffic light.
Arianna ingin cepat
bertemu dengan kakak iparnya sebelum dia lari. Dia harus membawa Aisyah pulang
ke rumah. Ketakutan untuk melalui kawasan yang gelap itu dibuang jauh-jauh.
Lagipun kawasan itu agak dekat dengan pekan. Entah di mana silapnya, ada
motorsikal tiba-tiba melintas tanpa Arianna sedar.
Tangannya kalut
mengelak daripada merempuh motorsikal itu. Namun takdir Allah siapa yang tahu.
Kereta Arianna bertembung dengan sebuah kereta lain dari arah bertentangan. Dia
hanya pasrah akan apa yang bakal berlaku. Cahaya yang memancar dihadapannya
menjadikan Arianna sukar untuk mengelak.
Perlanggaran berlaku!
Arianna mengerang kesakitan apabila kakinya tersekat di bawah kerusi. Dia cuba
menarik kakinya namun tidak berjaya. Saat itu dia terhidu petrol di atas jalan.
Dengan sekuat hati Arianna menarik kakinya. Akhirnya dia berjaya. Pergerakannya
yang perlahan membuatkan dia mahu meraung di situ.
Bau petrol semakin
menusuk ke rongga hidung Arianna. Dia perlu cepat keluarkan mangsa daripada
sebuah kereta yang terlibat dengannya. Dia semakin hampir dengan kereta itu.
“ Awak, cepat keluar,”
panggil Arianna lemah. Dia mengengsot lebih rapat dengan kereta itu.
“ Awak dengar saya
tak?” Arianna seakan ternampak tangan yang melambai lemah. Dengan tenaga yang
masih bersisa, dia menarik tangan itu. Beberapa saat kemudian, muncul seorang
lelaki datang membantunya.
Beberapa minit
kemudian, letupan berlaku. Kedua-dua kereta hancur berkecai. Arianna menangis
kecil. Dia terpandang gadis yang turut terlibat dalam kemalangan itu.
“ Awak okay tak?”
soalnya.
“ Saya…saya…okay,”
jawab gadis itu lemah. Matanya jatuh pula kepada pasangan suami isteri. Lelaki
yang membantunya mengeluarkan gadis tadi. Kelihatan lelaki itu cemas apabila
isterinya mengerang kesakitan hendak bersalin.
Gadis itu mengengsot perlahan
menghampiri pasangan itu. Arianna turut berbuat demikian.
“ Cik, cik berdua
bertahan ya. Sekejap lagi ambulance sampai,” lelaki itu menenangkan Arianna dan
gadis itu.
“ Isteri…isteri…encik
okay ke?” tanya gadis itu sambil menahan kesakitan.
“ Isteri saya dah
sampai masa nak bersalin, cik,” jawab lelaki itu cemas.
“ Kalau nak
tunggu…ambulance, lambat…lagi. Apa kata puan melahirkan…sahaja,” cadang gadis
itu. Wanita mengandung itu mengangguk. Dia rasa dia sudah tidak mampu bertahan
lagi.
“ Guna ni,” Arianna
menyerahkan sweaternya kepada si suami. Gadis itu membantu si isteri untuk
bersalin. Arianna cuma berada di tepi. Memberi sokongan kepada wanita itu.
“ Alhamdulillah. Bayi
perempuan, sayang,” lelaki itu mencium dahi isterinya.
“ Alhamdulillah,” ucap
si isteri.
“ Cik, boleh kami tahu
nama cik?” lelaki itu memandang gadis yang membantunya.
“ Ai…Airis,” jawab
Airis lemah. Badannya terasa sangat sakit. Dia dapat merasakan masanya sudah
tidak lama. Arianna pula sudah tidak bertenaga. Air matanya sahaja yang keluar.
Perasaan bersalah mula menular di dalam dirinya.
Beberapa pengguna
jalan itu mula mengerumuni mereka. Masing-masing membuat telahan sendiri. Airis
memegang dadanya. Arianna pula sudah terbaring lemah.
“ Ambulance dah
sampai,” kata lelaki itu.
“ Cik, tolong…saya,”
gadis itu mendekati Arianna. Arianna memandang gadis itu dengan pandangan
berkaca. Dia hanya menganggguk.
0 comments:
Post a Comment
Sila komen kalau anda suka artikel ini.