Asalamualaikum, wahai sahabat kecikbeso blog, maaflah sebab bersarang betul blog saya sekarang ni? Alhamdulillah mungkin selepas selesai selama tiga tahun saya menjalankan kehidupan sunnah dengan melakukan perniagaan perkhidmatan bekam sunnah. Saya betul betul tak menang tangan kerana rama pelanggan baru sentiasa ingin merasa SERVIS BEKAM saya..

Selepas saya mengambil kursus Bekam Bersanad dengan ustaz saiful (DARUL ANSAR) semakin hari semakin berjaya hidup saya dunia dan Akhirat. Selepas saya melakukan perniaagaan bekam sunnah di daerah mersing johor, kehidupan saya berubah sehingga saya berhenti kerja kerana berniaga bekam dapat menjana pendapatan yang sangat lumayan.. mula hanya dengan part time sehingga lah menjadi full tima bekamers..

Bersyukur sangat rasa hati ini kepada Allah kerana telah memberi peluang kepada saya berjumpa dengan tuan guru saifulnizam. kerana bimbingan beliau saya telah berubah sehingga saya sendiri menjadi peniaga yang berjaya kini/

Selepas tiga tahun berniaga kini saya telah dapat masa rehat yang panjang kerana hasil kurnia Allah kepada saya yang hina ini.. mungkin saya akan kembali aktif kembali dalam dunia blog semula.. kerana ini lah minat saya yang paling saya minati.. hanya kerana masa tidak mengizinkan dahulu..

saya harap tuan semua dapat sokong blog kecikbeso yang tertinggal selama 3 tahun,, sokongan anda amat di perlukan.. terima kasih sebab membaca. mungkin berjumpa kembali.. in sya Allah.